Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Pes dikisar untuk perapan ayam & kuah kacang

Kuah Kacang

Penghidangan

  • Daun Ketumbar 40.0 g
  • Mozzarella Cheese 300.0 g
  • Doh Piza, pra-siap, 6 inci 10.0 pc
  • Bawang Merah Kecil, dipotong besar 200.0 g

Kombinasi cita rasa Asia di dalam piza yang menarik untuk sesuatu yang baharu di dalam menu anda.

...

Penyediaan

  1. Pes dikisar untuk perapan ayam & kuah kacang

    • Kisar bawang merah kecil, halia, halia muda, lengkuas dan serai menjadi pes. Bahagikan kepada dua. Gunakan separuh bahagian untuk perapan ayam dan sebahagian lagi untuk kuah sate.
    • Untuk perapan ayam, masukkan separuh pes bersama serbuk kunyit, serbuk cili, Sos Madu Gula Batu Knorr dan Pati Ayam Knorr.
    • Perapkan bersama paha ayam selama 2 jam.
    • Bakar (gril) sehingga lembut. Ketepikan. Gunakan untuk hiasan atas (topping).
  2. Kuah Kacang

    • Tumis separuh pes serai yang dikisar menggunakan minyak jagung.
    • Kemudian masukkan pes cili.
    • Masukkan kacang panggang, air, Mentega Kacang Berkrim Lady's Choice dan Pati Ayam Knorr. Kacau sehingga kuah pekat. Ketepikan. Ini adalah kuah asas untuk piza.
  3. Penghidangan

    • Sapukan kuah sate di atas doh piza.
    • Kemudian letakkan ayam panggang, bawang merah kecil yang telah dipotong dan keju Mozarella di atas.
    • Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170ᵒC selama 10 minit.
    • Hiaskan dengan daun ketumbar.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart