Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Sup Cendawan Truffle

  • Kaldu Sayuran 0.8 ltr (liter)
  • Crème Fraiche atau Krim Masakan 400.0 ml
  • Keju Parmesan, yang diparut 100.0 g
  • Pes Cendawan Truffle 150.0 g
  • Chervil Segar
  • Knorr Empingan Kentang 2KG

Roti Bakar Crostini

  • Roti yang Padat seperti Sourdough atau Focaccia
  • Minyak Zaitun
  • Garam, laut (sea)
  • Herba Segar

Cendawan truffle pelengkap sempurna sup yang berasaskan kentang ini.

...

Penyediaan

  1. Sup Cendawan Truffle

    • Didihkan kaldu sayuran.
    • Masukkan crème fraiche dan pes cendawan truffle.
    • Didihkan.
    • Tambahkan Empingan Kentang Knorr untuk memekatkan sup.
    • Didihkan selama beberapa minit.
    • Laraskan kentang kering serpih sehingga sup mencapai tekstur yang sempurna.
    • Tambahkan keju parmesan dan kisar dengan pengisar tangan untuk mendapatkan sup yang ringan.
    • Jika suka, gunakan sifon untuk membuat sup lebih ringan dan gebu.
    • Perisakan mengikut citarasa dengan lada hitam dan garam.
  2. Roti Bakar Crostini

    • Bekukan roti sedikit untuk memudahkan anda mengeratnya ke kepingan nipis.
    • Letakkan kepingan roti di atas kertas membakar.
    • Sapukan sedikit minyak.
    • Parut keju parmesan ke atas kepingan roti.
    • Taburkan garam laut.
    • Bakar roti crostini selama 15 minit pada suhu 170 darjah Celsius.
    • Lihat samada cukup garing, jika tidak, bakarlah lama sedikit.
  3. Menghidang

    • Tuangkan sup ke dalam mangkuk.
    • Hias dengan daun cervil.
    • Hidang dengan roti bakar crostini.
    • Tambahkan herba segar di atas roti bakar crostini.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart