Tulang Rusuk Kambing dengan Sos Pimento Biji Sawi, dan Sayuran Jeruk Limau
Tiada yang lebih hebat daripada resipi lazat yang mudah serta membuatkan anda kelihatan seperti chef bintang. Padanan yang mengagumkan daripada tulang rusuk kambing yang telah diperap bersama sayur-sayuran jeruk yang menyegarkan adalah hidangan sempurna untuk meraikan tetamu.

Bahan-bahan
Tulang Rusuk Kambing dan Perapan
-
Lamb Spareribs 3.0 kg
-
Jus Oren 300.0 ml
-
Cola 330.0 ml
-
Taim 5.0 g
-
Rosemary 5.0 g
-
Garlic, whole 20.0 g
-
Serbuk Paprika 10.0 g
-
Cajun Spice 10.0 g
-
Air 400.0 ml
Sos Pimento Biji Sawi
-
Lada Benggala Merah 300.0 g
-
Jus Oren 100.0 ml
Sayur Jeruk Limau
-
Gula 200.0 g
-
White Turnip, diced
-
Lobak Merah, didadu 300.0 g
-
Celery, peeled and sliced 200.0 g
-
Shallot Wedges 200.0 g
-
Air
Sebelum Menghidang
-
Coriander Cress 40.0 g
Penyediaan
-
Tulang Rusuk Kambing dan Perapan
- Gaul rata semua ramuan di dalam mangkuk, kecuali tulang rusuk.
- Simpan 300gm sos perapan untuk digunakan nanti (dalam Sos Pimento Biji Sawi)
- Masukkan semua tulang rusuk ke dalam mangkuk adunan dan biarkan ia memerap selama 12 jam.
- Masukkan sos perapan dan tulang rusuk ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga empuk dan lembut, tapi bukan hingga terlerai tulangnya.
- Keluarkan tulang rusuk dan rehatkan.
- Masak sos hingga kurang separuh.
-
Sos Pimento Biji Sawi
- Bakar cili kembung merah pada suhu 200°C selama 20 minit, kemudian buangkan kulit dan bijinya.
- Kisar cili kembung bakar hingga halus dan biarkan sejukkan.
- Bila sudah sejuk, masukkan 300gm sos perapan kambing tadi bersama semua ramuan lain.
- Tuangkan ke dalam gelas menghidang atau gelas shooter.
-
Sayur Jeruk Limau
- Didihkan air dan gula di dalam periuk, tambahkan serbuk limau nipis dan gaul rata.
- Masukkan semua sayuran dan biarkan ia semalaman.
- Keluarkan dan lap kering sebelum menghidang.
-
Sebelum Menghidang
- Panaskan daging dan sos.
- Hidangan sayur jeruk di dalam mangkuk kecil.
- Letak daging di atas papan menghidang dan tuangkan sos ke atasnya.
- Hidang bersama sayur jeruk dan sos pimento biji sawi.
- Akhir sekali, hiaskan dengan daun ketumbar liar sebelum dihidang.