Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Terdapat potensi bahaya pada setiap peringkat pengendalian makanan dari trak ke meja. Berikut adalah senarai perkara yang perlu diberi perhatian pada setiap langkah untuk memastikan makanan anda selamat untuk pelanggan.
 

Truck to Table process
1. Memilih pembekal yang dipercayaai

1. Memilih pembekal yang dipercayaai

  • Reputasi Yang Baik – pilih pembekal yang mempunyai rekod yang baik.
  • Kualiti – beri perhatian kepada kualiti barangan yang dibekalkan.
  • Kebolehpercayaan – pastikan mereka membekalkan barangan pada masa yang tepat untuk memastikan ada mempunyai inventori yang segar.
  • Pemeriksaan – untuk pembekal yang baru, order sampel atau kuantiti yang kecil untuk dicuba terdahulu.

2. Penerimaan

2. Penerimaan

  • Periksa untuk pencemaran-silang – sebagai contoh, antara daging mentah dan sayuran segar.
  • Pemastian spesifikasi produk – sekiranya makanan tertentu kekal beku, pastikan ia tidak dinyahbekukan.
  • Sentiasa periksa pembungkusan untuk sebarang kerosakan dan elakkan daripada menyimpan bekalan pada suhu bilik untuk terlalu lama.
  • Periksa tarikh luput.

3. Penyimpanan & Pengeluaran Semula

3. Penyimpanan & Pengeluaran Semula

  • Keluarkan kotak karbon dan jangan letakkan bahan makanan di atas lantai untuk mengelakkan pembiakan lipas dan tikus.
  • Patuhi kaedah Pertama-Masuk, Pertama-Keluar untuk agihan stok untuk memastikan kesegaran ramuan
  •  Hindari pencemaran-silang untuk menyimpan makanan yang sedia untuk dimakan di atas makanan mentah dan pada suhu yang betul
    Klik di sini untuk panduan suhu penyimpanan untuk makanan yang berlainan
  • Sentiasa tutup makanan mentah dan yang telah dimasak untuk mengelakkan daripada terdedah kepada oksigen.
  • Biarkan makanan yang telah dimasak menjadi sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk untuk mengurangkan kehilangan lembapan.

4. Penyediaan

4. Penyediaan

  • Makanan beku yang telah dinyahbekukan tidak boleh dibekukan kembali.
  • Makanan yang telah dikeluarkan daripada peti sejuk perlu dimasak dalam masa 2 jam.
  • Nyahbekukan daging/makanan laut yang beku di dalam bekas plastik di bawah aliran air untuk mengelakkan pendedahan pada suhu bilik.
  • Gunakan papan memotong yang berlainan untuk makanan mentah dan masak.

5. Memasak & Menyimpan Buat Sementara

5. Memasak & Menyimpan Buat Sementara

  • Masak makanan dengan sepenuhnya pada suhu minima yang betul
    Klik di sini untuk panduan suhu memasak minima untuk makanan yang berbeza.
  • Elakkan daripada membiarkan makanan terdedah pada suhu bilik.
  • Elakkan daripada mencampur makanan yang baru dimasak dengan makanan yang telah dimasak & menunggu untuk dihidangkan (yang mungkin telah tercemar)
  • Semasa memanaskan semula makanan yang telah dimasak terdahulu, pastikan ia mencapai suhu minima selama sekurang-kurangnya 15 saat.
  • Gunakan penutup makanan untuk makanan yang sedia untuk dimakan untuk mengelakkan daripada tededah kepada oksigen.

6. Hiasan & Hidangan

6. Hiasan & Hidangan

  • Semua kakitangan bahagian servis mesti mengekalkan kebersihan yang baik semasa menghidangkan makanan – sebagai contoh, dengan memegang cawan pada dasar/tangkai dan bukan pada bahagian mulut, atau hidang menggunakan dulang apabila mungkin.
  • Semua kakitangan perlu memberi perhatian kepada kebersihan diri
    Klik di sini untuk ketahui lebih berkenaan mengekalkan kebersihan diri
  • Hanya gunakan perkakas yang bersih dan telah disanitasikan.
  • Sentiasa lakukan pembersihan sepeti mengelap meja, menyapu, mengemop dan membuang sampah.

7. Mengendalikan Makanan Lebihan

7. Mengendalikan Makanan Lebihan

Makanan Lebihan Yang Telah Disentuh:

  • Buangkan serta-merta
     

Makanan Lebihan Yang Belum Disentuh:

  • Panaskan semula pada suhu minima yang diperlukan
    Klik di sini untuk panduan suhu memasak minima untuk makanan yang berbeza.
  • Makanan hanya boleh dipanaskan semua sekali sahaja, dan perlu dimakan dalam masa 12 jam selepas dipanaskan semula.
  • Untuk mengelakkan daripada pembaziran, makanan lebihan yang belum disentuh boleh digunakan sebagai ramuan untuk memasak hidangan lain.
  • Bahan kering boleh digunakan semula dalam masa 2 hari, dan bahan basah dalam masa 1 hari.

8. Menjejak Produk & Menarik Balik

8. Menjejak Produk & Menarik Balik

  • Sekiranya ada aduan, serta-merta tarik balik semua makanan yang berkaitan dengan aduan tersebut daripada servis, dapur dan stor.
  • Pantau semula semua aktiviti – daripada bahagian servis hinggalah bagaimana makanan tersebut disediakan, disimpan dan diterima.
  • Tugaskan seorang kakitangan untuk menangani aduan pelanggan – rekodkan semua maklumat berkaitan dengan aduan daripada pelanggan, maklumat hubungan, hari dan masa pelanggan datang makan
    Kilk di sini untuk panduan menangani aduan keselamatan makanan

Memahami setiap langkah untuk proses makanan akan mengurangkan risiko pencemaran dan memastikan keselamatan makanan yang dihidang kepada pengunjung anda.

Kembali kepada Keselamatan Makanan

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules