Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Pahatkan hotel anda di hati dan memori para tetamu sempena Hari Raya dengan menyerlahkan lagi restoran anda dengan sentuhan warna yang terang ataupun hiasan serba baru. Terdapat beberapa pembaharuan ringkas yang anda boleh cuba untuk Hari Raya.

1. Peluang berfoto

Karya seni yang menarik akan membuatkan tetamu teruja (malah sanggup beratur!) untuk bergaya bersama-sama demi mengambil gambar kenang-kenangan. Karya seni berwarna-warni juga boleh menambahkan dimensi dan mewujudkan suatu suasana yang tersendiri pada mana-mana ruang.

Pencahayaan, seperti cahaya semula jadi pula mampu menghidupkan seni dinding tersebut. Dengan persekitaran yang cantik dan bergemerlapan, ditemani alunan melodi alat muzik tradisional, tetamu anda juga mungkin terasa seolah-olah dibawa ke dalam sebuah “buku cerita”.

Akhir sekali, hiaskan pondok foto dengan tema Hari Raya atau kampung halaman. Kenangan indah ini pasti akan sentiasa menggamit fikiran tetamu tempatan dan luar.  

The universal rule of serving the three food groups – protein, carbs and vegetables.

2. Aktiviti-Aktiviti Hari Raya

Untuk memeriahkan suasana Hari Raya, hotel-hotel kerap mengadakan pelbagai aktiviti untuk dihadiri dan dinikmati oleh tetamu tempatan dan pelancong. Selain daripada alunan melodi alat muzik tradisional (“live” atau rakaman), hotel-hotel boleh menganjurkan sesi membuat pelita, melipat kain sarong, mewarna untuk kanak-kanak dan juga memberi peluang kepada para tetamu untuk membuat ketupat mereka sendiri (dan boleh dimakan pada malam tersebut!). Apa yang lebih baik daripada hasil tangan sendiri?

Anda boleh mencipta hashtag untuk menggalakkan para tetamu berkongsi memori Hari Raya mereka di media sosial. Dengan ini, hotel anda serta memori yang terikat bersamanya mudah dicari dan dicapai oleh para tetamu tak kira di mana dan ketika. 

The universal rule of serving the three food groups – protein, carbs and vegetables.

3. Biskut Raya

Gunakan tema berkaitan Hari Raya atau padang pasir dan buatlah hidangan ringan seperti biskut berbentuk unta. Kemudian, bungkus biskut-biskut tersebut dan berikan kepada tetamu anda sebagai oleh-oleh.

The universal rule of serving the three food groups – protein, carbs and vegetables.

4. Jom Sihat

Macam tak kena kan? Biasanya, buka puasa membuatkan kita terbayang masakan-masakan Melayu tradisional yang lemak berkrim, dimasak dengan santan dan pelbagai lagi bahan yang tersangatlah lazat lagi meliurkan. Apa kata kali ini, anda sediakan juadah yang sama, dengan sedikit kelainan? Ubah resipinya sedikit, seperti mengurangkan santan, gula, garam dan minyak. Sedar atau tidak, sebenarnya perbezaan ini tak begitu menjejaskan kelazatan makanan-makanan tradisional tersebut. 

Dan mengapa tidak hidangkan ayam panggang dan bukannya ayam goreng? Kaedah memasak boleh memberikan perbezaan yang besar. Jadi, pilihlah untuk mendidih, memanggang, mengukus, membakar atau menumis-reneh. Jika hotel menghidangkan teh atau kopi, jadikannya pekat atau “kao”! Sediakan gula dan susu berasingan supaya tetamu boleh memilih sendiri tahap kemanisan yang mereka inginkan. Hal-hal kecil seperti ini boleh membawa perubahan besar: anda melakukan perkara yang murni dengan mementingkan tetamu dan juga kesihatan mereka. Anda juga boleh menyediakan pinggan yang lebih kecil untuk tidak menggalakkan tetamu mengambil makanan terlalu banyak. Pinggan yang lebih kecil secara automatiknya bermakna pengambilan makanan yang sedikit, dan seterusnya mengurangkan pembaziran makanan. Tetamu boleh sentiasa mengisi makanan dalam pinggan jika mereka mahukan lagi.  

The universal rule of serving the three food groups – protein, carbs and vegetables.

Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules