Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Hari Raya sering kali disinonimkan dengan pesta makanan – bermula daripada sajian utama hinggalah kepada snek lazat, musim perayaan ini tidak pernah lepas daripada sajian yang memikat. Raikan perayaan ini, jamulah para tetamu anda dengan menu pencuci mulut yang pastinya menyemarakkan deria rasa. Tetamu anda pastinya makan bertambah-tambah!

Kuih keria

Kuih keria

Kuih yang dikenali ramai ini kaya dengan rasa ubi keledek di dalamnya dan mewah bersalut gula berkerak di luarnya. Memandangkan resipi asasnya cuma daripada lima bahan (ubi keledek, tepung, gula, garam dan air), ianya mudah dibuat dan dipinda mengikut selera anda untuk resipi istimewa anda.

Tepung pelita

Tepung pelita

Turut dikenali sebagai pencuci mulut tepung beras, tepung pelita menawarkan tekstur berkrim yang mengujakan pada suapan pertama lagi. Petua untuk menghasilkan kuih tepung pelita yang sedap adalah dengan nisbah santan dan pandan yang ideal – ini menjadikan adunan ini istimewa dengan rasa masin dan manisnya.

Pulut panggang

Pulut panggang

Pulut panggang merupakan salah satu pilihan menarik untuk sajian savouri anda. Menariknya, intinya pelbagai mengikut kesukaan warga sesuatu negeri – orang  Kelantan sukakan inti serunding daging, manakala orang Sarawak pula memanggangnya kosong sahaja. Di Semenanjung Malaysia pula, inti udang kering lebih popular, lazimnya ia diletakkan dengan banyak dan dibungkus di dalam daun pisang untuk dipanggang.

Apam puteri ayu

Apam puteri ayu

Satu lagi jenis kuih yang terserlah dalam gayanya yang tersendiri adalah Apam Putri Ayu.  Apam Putri Ayu dikukus di dalam acuan kuih mini yang berbentuk bunga. Diperbuat dengan warna kontras hijau putih, kombinasi santan dan ekstrak daun pandan menghasilkan apam yang lembut dan mewah rasanya di dalam setiap suapan.

Seri muka

Seri muka

Seri Muka, sejenis kuih yang diperbuat daripada kastard pandan dan beras pulut, bukan sahaja dinikmati ketika Ramadhan, tetapi sepanjang tahun. Keunikan gabungan lapisan kastard yang cair di mulut dan beras pulut yang saling melekat menjadikan ianya sajian pencuci mulut yang lazat tak kira masa, samada untuk minum teh, sajian di waktu senggang mahupun sarapan pagi.

Badak berendam

Badak berendam

Badak Berendam merupakan sajian pencuci mulut yang sungguh istimewa. Ia dinamakan Badak Berendam kerana rupanya bila dihidangkan kelihatan seperti badak yang sedang berendam. Bebola yang diperbuat daripada tepung beras pulut ini diisi inti kelapa parut manis, menjadikan ianya sangat lazat dan tinggi nilai estetikanya.

Kuih bakar

Kuih bakar

Kuih bakar dinamakan sempena rupanya yang kelihatan seperti terbakar di luarnya. Bahagian luarnya garing dan menyelerakan dihiasß biji bijan, manakala bahagian dalamnya pula mewah dengan rasa santan kelapa dan telur. Bahagian luarnya yang garing dan dalamnya yang lembut menawarkan gabungan unik yang memikat pada suapan pertama lagi.

Onde onde

Onde onde

Kuih ini sangat popular ketika Ramadhan dan menjadi kegemaran ramai, samada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Diperbuat daripada tepung beras pulut dan diletak inti gula melaka yang cair di mulut, Onde-onde ditabur kelapa parut untuk menyempurnakannya.


Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran