Kalau ditanya, banyak orang percaya yang poke bowl adalah juadah Jepun. Sebenarnya, juadah ini berasal dari Hawaii. Bagaimanapun, ia memang merupakan gabungan intim selera Hawaii dan Jepun!
Disebabkan juadah ini terdiri daripada bahan-bahan mentah seperti ikan dan sayuran, ia terkenal dengan aspek kesegaran dan kesihatannya. Untuk menyajikan juadah ini, anda hanya perlu memastikan bahan-bahannya dibersihkan rapi. Kemudian, sediakan dressing istimewa dengan mengacau mayonis Lady’s Choice bersama-sama wasabi, atau Serbuk Perasa Limau Knorr untuk sedikit rasa masam, atau kicap.