Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Teruskan kepekaan anda dengan trend makanan terkini dan tambahkannya ke dalam menu. Lebih baik lagi jika anda menggunakan bahan-bahan ini dan untuk mulakan trend baru.
 

Kuning Telur Masin

Kuning Telur Masin

Populariti kuning telur masin bukan sahaja di Malaysia – ia juga merupakan trend di seluruh Asia! Kuning telur masin bukan untuk hidangan bergoreng sahaja. Malah, anda juga boleh mengaplikasikannya pada hidangan manis dan enak seperti pastri telur masin, pencuci mulut telur masin dan pasta telur masin.

Cuba Serbuk Telur Masin Keemasan Knorr. Ia merupakan langkah yang efisien dan sedap untuk menyediakan hidangan trend telur masin tanpa stress memikirkan tentang penyediaan dan sumbernya.

Beberapa ciptaan yang boleh anda cuba dengan kuning telur masin adalah telur Benedict, kek chiffon telur masin dan kerepak kentang telur masin.

Alpukat (Avocado)

Alpukat (Avocado)

Buah alpukat ini mendapat permintaan yang tinggi kerana pengguna tidak begitu takut lagi untuk makan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi dan bermanfaat. Sebahagian dari popularitinya ialah kerana terdapat fakta bahawa buah ini padat dengan nutrient, mempunyai hampir 20 vitamin, mineral dan fitonutrien. Roti bakar alpukat sudah menjadi begitu popular lebih-lebih lagi di Instagram berhashtag #avocadotoast yang mempunyai post lebih daripada 235,000. Selain daripada roti bakar, alpukat juga semakin popular di restoran dan kafe sebagai sos celup dan minuman.

Cubalah dan anda mungkin boleh menarik lebih ramai pelanggan dan perhatian di cawangan anda! – roti burger alpukat, sos celup alpukat untuk kentang goreng dan alpukat bersama sirap coklat. 

Teh hijau (matcha)

Teh hijau (matcha)

Perkataan matcha bermasud “tanah” atau “teh serbuk”, yang berbeza dari teh yang lain. Matcha mengandungi anti-oxidan dan polifenol yang boleh membantu untuk mencegah penyakit jantung dan kanser, menyahtoksik dan merangsang metabolism. Matcha latte juga diperkenalkan dalam menu minuman di kafe-kafe kopi.

Ciptaan baru untuk mengekalkan menu yang menarik dan terkini adalah pudding matcha chia bersama beri, pasta matcha dan lempeng kelapa matcha.

Ketam lembut

Ketam lembut

Kini, ketam lembut tidak semestinya boleh didapati di restoran Jepun sahaja. Malah, anda boleh dapatkannya di dalam nasi goreng, laksa, burger dan pasta. Senarai akan bertambah banyak setiap hari!

Terdapat beberapa pilihan yang anda boleh tambahkannya ke dalam menu anda – ketam lembut bersama cili, popiah ketam lembut dan burger ketam lembut. 

Kembali kepada Apa Yang Terbaru

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules