Burger telah lama berada di pasaran – ini merupakan peluang baik untuk perniagaan anda merebut keuntungan dari gaya pemakanan ini dan menyerlahkannya daripada pesaing lain. Nasi lemak sering sahaja diiktiraf sebagai sajian kebangsaan, jadi berikan pengiktirafan pada sajian ini dengan kaedah inovatif. Anda boleh bermula dari burger, wraps dan sandwic. Bahan yang boleh diubah suai dan ciri sajian ini yang bersusun meninggi menjadikan ianya pilihan yang mudah untuk diadaptasi ke jenis yang berbeza, seperti mana yang terbukti di dalam populariti Nasi Lemak Burger yang meningkat. Selain itu, anda juga mungkin mahu memilih untuk bereksperimen dengan Sate Burger, satu lagi sajian lazat dalam bentuk yang mudah untuk diubah suai.