Kecuali anda begitu bernasib baik, pes sup Laksa Sarawak tersangatlah jarang dijumpai di luar negeri tersebut. Ia biasanya dibuat dengan sambal belacan, serai, lengkuas, asam jawa, dan sedikit santan, serta pebagai jenis herba dan rempah. Anda boleh membuat pes supnya sendiri, atau terus mendapatkan jenama terkenal di kalangan orang tempatan: “Eagle”.