Tawarkan pakej-pakej seperti Kegembiraan Berganda (contoh: harga 2 dalam 1), Bonanza Hari Lahir (contoh: hamper istimewa untuk sesiapa yang menyambut hari lahirnya), Kutipan Dana (contoh: bufet unik dimana setiap kalori yang dimakan adalah jumlah Ringgit yang disedekahkan), dan sebagainya. Tentukan beberapa item sebagai sebahagian dari pakej atau hanya fokus kepada makanan & minuman sahaja.
- Dekorasi – Fabrik, tanglung, lampu-lampu kecil, cermin, pemegang tealight, pentas
- Belon-belon – Getah, kerajang, buih, kelompok, dicetak dengan gambar
- Bunga – Susun atur bunga, yang palsu atau segar, pasu, digantung
- Muzik – kumpulan muzik kecil, DJ, set senarai lagu
- Meja – Alas meja, candelabra, perkakas, pinggan, cawan, gelas, kerusi, dan lain-lain
- Beg cenderahati – beg makanan bertema, seni dan kraf, gajet, alat tulis, mainan, perkakas dapur unik, magnet, baucar
- Makanan & Minuman – Bufet, duduk, jumlah bilangan hidangan, minuman alcohol/bebas alcohol, air, jenis-jenis makanan
- Jemputan – secara atas talian, kad fizikal
- Kek – kek cawan, kek hari lahir, kek bertingkat, ditambah dengan gambar
- Stesen kanak-kanak – mewarna, kertas origami, pintalan belon, kamera pakai buang untuk kanak-kanak mengambil gambar
Semua item di atas perlulah sepadan dengan tema yang ditetapkan.