Beri kehangatan pada restoran atau kafe anda. Lilin adalah wajib dan perlu diletakkan bersama bunga-bunga di tengah-tengah meja. Lukisan yang besar akan menambahkan lagi daya tarikan sesebuah restoran. Hidangan, perkakas dan kain yang anda pilih akan menambahkan lagi suasana yang diinginkan.
Muzik latar belakang perlulah mempunyai alunan yang perlahan dan lembut, sebagai contoh jazz ataupun akustik. Kelantangannya mestilah rendah supaya pelanggan anda dapat dengar perbualan masing-masing dengan jelas. Pastikan ruang di atas meja dan antara setiap meja adalah cukup. Oleh itu, pasangan akan merasakan seolah-olah mempunyai ruang privasi sendiri.
Kebiasaannya, restoran-restoran mewah akan menggunakan menu bercetak yang ringkas, manakala sebuah restoran Itali yang selesa pula akan mempunyai menu yang ditulis pada papan hitam. Pastikan menu bercetak sentiasa bersih dan bebas kotoran.