Sajian hidangan membawa tuah di Tahun Baru Cina Ini
Mulakan CNY dengan idea-idea resipi yang lazat.

Musim memberi hadiah hampir tiba, inilah masanya untuk membeli-belah sempena Krismas. Pamerkan kasih dan penghargaan anda di musim perayaan ini dengan alternatif menarik iaitu hadiah berunsurkan makanan supaya anda tidak lagi perlu sibuk bersesak dengan orang ramai di pusat membeli belah untuk mencari hadiah. Berikut adalah cadangan hadiah makanan untuk mengukir senyuman dan rasa mesra buat si penerima yang boleh anda terokai.

Ikan Panggang bersama Sos Buah Keras
Ikan ini dipercayai boleh meningkatkan kemakmuran dan kaya dengan protein dan Omega-3, memberikan kebaikan berganda yang sihat dan lazat. Panggang ikan sehingga coklat keemasan dan siramkan ia dengan limpahan sos buah keras. Hidangan enak ini boleh disajikan bersama nasi kukus, tauhu Jepun dan hirisan limau di sisi.

Aneka Ladu
Ladu sering dikaitkan dengan wang dan kekayaan. Ada yang mengatakan lebih banyak ladu yang dimakan pada Tahun Baru Cina, lebih banyak wang yang akan diperoleh pada masa akan datang. Selain inti tradisional, anda boleh mencuba rasa yang lebih eksotik seperti keju petani dengan perasa Cina, taucu dan lada Sichuan. Sajikan bersama sos celup berlainan jenis untuk sensasi rasa berbeza!

Kuih Bakul
Nian Gao atau kek pulut manis adalah hidangan wajib semasa Tahun Baru Cina yang simbolik dengan peningkatan tahap baru dalam tahun mendatang. Ia adalah pencuci mulut yang diperbuat daripada beras pulut yang boleh disediakan dalam beberapa cara; anda boleh pilih untuk tambah kelapa parut, goreng dengan adunan atau menyapu dengan sos coklat. Jika anda mahukan sentuhan tradisional, hidangkannya bersama segelas teh manis.

Itik 8 Inti (8 Treasure Duck)
Merupakan sajian elegen yang membawa kebahagiaan. Ia adalah sajian yang biasa dihidangkan pada majlis keramaian makan tengah hari atau malam dan dikongsi di sekitar meja. Seperti namanya, ia dilengkapi lapan jenis inti dan anda boleh teroka dan cipta rasa sensasi dengan ramuan seperti isi ayam tanpa lemak, barli, kacang gingko, buah berangan kering, biji teratai, kulit limau mandarin kering, cendawan shiitake, halia dan sebagainya.

Udang Serbuk Cornflake
Sajian enak ini mampu menaikkan semangat anda, kegembiraan dan keuntungan. Cara terbaik menyediakan udang ialah goreng dalam minyak tepu dengan bawang putih yang dicincang, daun hijau dan sedikit serbuk telur masin. Jika anda mahukan lebih gaya, taburkan susu mentega di atasnya. Gandingan serbuk telur masin dan susu mentega menjadikan ia hidangan sempurna bersama roti mantou, ikut cita rasa anda.

Bebola Bijan dengan Aneka Inti
Adunan bebola ini digoreng dalam minyak tepu bersama pes kacang merah dan selaputi biji bijan merupakan sajian makanan istimewa di Malaysia. Ia dikatakan membantu meningkatkan tuah anda. Inti berlainan seperti pandan, kaya dan coklat boleh digunakan dalam sajian ini. Jika mahukan rasa tempatan, sambal belacan boleh dijadikan sebagai pengganti untuk rasa pedas. Snek saiz mini ini sangat sesuai dinikmati bersama secawan kopi atau teh tarik panas.
Kembali kepada Perayaan & Majlis
Rencana berkaitan
Here's what you get
- A chance to join our free sampling promotions
- New dish ideas from our chefs
- The latest trends and training modules