Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Sejak sekian lama, sambutan Tahun Baru Cina menjadi keraian untuk menghimpunkan ahli keluarga. Kini, keluarga dan rakan-rakan yang meraikan perayaan tersebut sama ada di rumah ataupun hotel, mahukan kedua-dua sajian baharu dan tradisional.

Songkran disambut di Thailand dan Laos dengan upacara penyimbahan air besar-besaran sebagai simbolik penyucian diri. Perayaan setempat di Vietnam pula dikenali sebagai Tet, manakala Korea Selatan meraikan Seollal. Setiap sambutan diiringi dengan sajian istimewa, Banh Tet (nasi yang dihidangkan bersama kacang hijau dan daging khinzir serta dibungkus di dalam daun pisang) misalnya, menjadi hidangan rasmi di Vietnam. Warga Laos pula akan menikmati Pouhn Pa (ikan siakap dengan terung bakar dan cili).



Di seluruh China, festival musim bunga yang menandakan permulaan kalendar tahun baru, diraikan dengan letusan bunga api, hong bao atau angpau (sambul duit berwarna merah), pakaian baharu dan semestinya hidangan istimewa perayaan. Sajian seperti rou gan atau bak kwa (daging kering manis yang dipanggang, menyerupai jerky – daging yang dihiris menjadi kepingan daging nipis) dan nian gao (kek yang diperbuat daripada beras pulut) antara yang kerap disediakan pada musim perayaan.

Di China juga, menu ketika menjamu selera dipenuhi dengan pelbagai makanan bersimbolik; yi mein atau mi panjang untuk kelanjutan usia, ikan (yu) menjadi perlambangan kekayaan, popiah goreng mewakili jongkong emas dan kemewahan, serta dumpling berbentuk seperti jongkong perak. Dumpling (jiao zi) itu diisi dengan inti berupa daging cincang, kubis dan daun bawang – tanpa jeruk timun kerana ia dianggap akan mencacatkan kelancaran masa depan. Sejak beberapa tahun lalu juga, pen cai (sajian di dalam mangkuk besar) merupakan hidangan mewah dengan cara menumis dan mereneh daging khinzir, ayam, cendawan, udang, abalone, kerang dan sayuran yang berasal dari Dinasti Song (1132 – 1279 selepas masihi), dilihat kembali menjadi pilihan masyarakat di rantau tersebut.

Sementara itu, keluarga berbangsa Cina di Singapura dan Malaysia, mengucap selamat dengan mengangkat campuran sayuran bersama hirisan ikan mentah (yusheng) menggunakan penyepit makanan (chopstick) tinggi ke udara – lebih tinggi ia diangkat, lebih tinggi kemewahan yang akan diraih. Begitupun, mereka semua meraikan perkara yang serupa: keinginan terhadap kesejahteraan dalam hidup untuk tahun yang mendatang.

The Straits Times Singapura melaporkan, bufet-bufet hotel sememangnya pilihan sekeluarga yang popular ketika musim perayaan. Seorang cef menganggarkan, hasil yang diperoleh untuk tempoh dua minggu sepanjang Tahun Baru Cina meningkat kepada sekurang-kurangnya 50%.

Di rantau ASEAN, bufet membolehkan pihak hotel untuk mengisi kehendak selera tetamu, memenuhi keinginan mereka yang mahukan sajian tradisional bersandarkan simbolik Tahun Baru Cina. Ia turut memberikan peluang kepada tetamu untuk menikmati pengalaman gastronomi yang berbeza.

Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules