Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Pasangan hari ini mendambakan idea yang unik dan megah untuk hari perkahwinan mereka agar ia dapat menjadi sebuah keraian yang membekas memori.

Fokus hari perkahwinan bukan sahaja tertumpu kepada pasangan pengantin, malah ia merupakan hari bersejarah melibatkan keluarga dan sahabat handai yang selama ini menjadi tulang belakang setiap pasangan mempelai. Maka, kenduri (majlis menjamu selera) yang diadakan menjadi sebuah majlis utama untuk semua berkumpul, menjamu selera dan bergembira bersama-sama pada setiap hari perkahwinan.

Kenduri mungkin tidak berlangsung pada hari perkahwinan tersebut. Di China, majlis perkahwinan ditetapkan berpandukan tarikh yang bertuah, manakala kenduri bagi meraikan pengantin akan dilangsungkan mengikut kekosongan slot yang disediakan pihak hotel.

Kenduri yang diadakan itu pula menghidangkan lapan jenis sajian yang mewakili simbol-simbol tertentu seperti kegembiraan, kemewahan, umur yang panjang ataupun kesuburan (fertility). Namun, masih ada ruang untuk inovasi. Misalnya, perkataan Mandarin untuk kekapis kedengaran seperti frasa ‘membesarkan anak’ (dai zi), justeru, ia dijadikan menu utama; tetapi cara ia dihidangkan adalah berdasarkan kreativiti chef.

Majlis perkahwinan merupakan perniagaan yang mega kepada pihak hotel dan memandangkan kebanyakan pasangan dan ibu bapa mahukan majlis yang mampu menerbitkan kekaguman dalam diri tetamu, sajian yang dihidangkan hotel juga perlu hebat. Mereka inginkan sesuatu yang dapat meraih pujian demi menjaga air muka (mian zi), maka hotel empat dan lima bintang menjadi pilihan.

Laman web Singapura, The Wedding Scoop melaporkan bahawa 45% daripada bajet majlis perkahwinan diperuntukkan terhadap makanan. Justeru, majoriti hotel mewah menawarkan pakej perkahwinan; sama ada senarai pilihan yang telah ditetapkan ataupun yang mengikut kehendak peribadi pasangan dengan beberapa permintaan istimewa.

Perancang Perkahwinan, Wedding Bliss Thailand mengenal pasti beberapa trend untuk tahun 2016: majlis makan malam formal dengan hidangan disediakan di atas setiap meja semakin kurang menjadi pilihan. Lebih ramai memilih penyediaan makanan canapé (sajian yang dihidangkan dalam potongan-potongan kecil dan disusun di dalam dulang), bufet serta stesen-stesen dengan masakan secara langsung bagi menambah nilai dramatic. Kek perkahwinan juga yang lebih bervariasi dengan pilihan unik seperti salted caramel dan chai latte.

Sementara itu, di negara-negara Asia yang lain, pasangan yang mewah lebih gemar mencari pakej-pakej perkahwinan di luar negara. Bangkok Post melaporkan tentang pasangan India yang menerbangkan 200 tetamu bagi menghadiri majlis perkahwinan mereka yang diadakan di sebuah resort tepi pantai di Thailand, dengan perbelanjaan mencecah AS$140,000, walaupun segelintir pasangan mampu berbelanja 20 kali lebih tinggi dari amaun tersebut.

Barangkali tidak ramai yang dapat menciptakan majlis perkahwinan mewah yang megah; tetapi tidak bermakna majlis yang sederhana itu kurang istimewa. Ia tetap menjadi detik bersejarah untuk diabadikan dalam kenangan setiap pasangan pengantin.

Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran