Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Keceriaan tetamu menyumbang kepada kemeriahan Krismas. Si Mad Hatter (dari Alice in Wonderland) pun pasti tak mampu menyaingi anda apabila anda memberikan jamuan minum petang Krismas terbaik dengan tip-tip ini.

Hiasan meja

Hias meja anda sama seperti stoking Krismas anda – dipenuhi dengan kejutan-kejutan istimewa. Tulis nama tetamu pada biskut pilihan anda dengan menggunakan gula aising, atau, lipat napkin dalam bentuk bunga mawar dengan jiwa Krismas.

The universal rule of serving the three food groups – protein, carbs and vegetables.

Suasana

Selain memukau pandangan tetamu anda dengan hiasan-hiasan Krismas, anda juga boleh membelai keseluruhan jiwa dan raga mereka dengan bunyi dan juga bauan Krismas. Pasangkan lagu Krismas, dan harumkan setiap bilik dengan wangian kayu manis, lilin-lilin rosemary dan juga minyak pati pilhan hati. 

The universal rule of serving the three food groups – protein, carbs and vegetables.

Jamuan meriah 

Rancakkan jamuan minum petang biasa dengan tema Krismas. Tukarkan skon dan pastri biasa dengan biskut emping salji, bebola keju orang salji dan ceri segar dicelup dengan coklat putih. Sediakan sebuah stesen khusus untuk membuat minuman coklat panas, ataupun gerai dihiasi biskut ‘gingerman’. Para tetamu anda pasti terjilat-jilat bibir melihat hidangan-hidangan ini. 

  • Berikan kejutan dalam menu minum tengah hari klasik dengan menampilkan panettone mini, sebatang log Krismas eksotik, dan kek oren salji yang dipasangkan dengan pelbagai jenis teh yang termasyhur di dunia.
  • Minum tengah hari menyelerakan dibintangi sandwic ikan salmon salai, quiche ketam, skon susu, pastri choux berbentuk angsa dan log coklat berangan dan pralin.
  • Minum petang berkarbonat termasuk segelas minuman tanpa alkohol, sandwic mini, skon, dan pelbagai kek dan pastri berinspirasikan Krismas.
The universal rule of serving the three food groups – protein, carbs and vegetables.

Tema Makanan & Minuman 

Jika anda lebih sukakan tema makanan dan minuman klasik, ini beberapa tema yang telah dipersembahkan oleh pelbagai hotel tersohor dunia. 

  • Pesta perayaan dengan French Twist, di mana para tetamu akan menikmati buchettes, briochettes, sandwic mini bersama inti dan ‘Dinde de Noël’ edisi terhad – hirisan ayam belanda dilitupi sos kranberi dengan lapisan nipis lobak pedas dan keju krim.
  • Winter Wonderland, di mana Santa Claus berkunjung membawa buah tangan untuk kanak-kanak pada hari Krismas. Sertakan juga snek kegemaran semasa Krismas yang imaginatif, contohnya bertemakan Frosty the Snowman dan watak-watak cerita buku lain! Seterusnya, waktu minum teh juga boleh diiringi  alunan piano dan koir sekolah.
  • Warna-warni Krismas di mana krim kelapa, macaroon pudina dan gula-gula kapas dihidangkan bersama roti mentega, beri biru beraising dan sedikit gula.
  • Tema Art Deco untuk memberikan kelainan pada waktu tengah hari di mana para tetamu boleh menghias biskut, dan belajar tentang kraf dan seni ringkas bertemakan Krismas.

Kalau kena caranya, Krismas ini pasti akan menjadi pengalaman yang tak mudah dilupakan bagi tetamu anda.

Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules