Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Berbuka puasa di meja bufet membolehkan orang beragama Islam mencuba juadah serata dunia dalam persekitaran lebih terbuka, di samping dapat menikmati sajian tempatan kegemaran dan menu tradisional.

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia, orang Muslim akan berpuasa bermula terbit fajar sehingga gelincir matahari. Iftar merupakan definisi asal untuk waktu berbuka puasa, yang diguna pakai secara meluas di majoriti negara Islam ASEAN termasuk Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Bufet sememangnya popular dalam kalangan orang Muslim terutama apabila mereka berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia juga kian klise untuk dinikmati di hotel. Pihak hotel pula menyediakan pelbagai menu untuk dipilih berdasarkan cita rasa masing-masing, sekali gus memberikan tenaga untuk berpuasa di keeseokan harinya.

Di negara-negara Islam Timur Tengah dan Afrika Utara, juadah iftar kebiasaannya meliputi nasi seperti briyani, mansaf (daging kambing dicampur yogurt) atau kabsa (nasi berempah bersama daging dan sayuran), yang kemudiannya disempurnakan dengan pemanis mulut seperti kunafa (pastri keju manis), luqaimat (dumpling – ladu rangup) dan qatayef (pastri manis berinti kacang). Iftar juga berevolusi daripada waktu bersifat kekeluargaan atau dinikmati dalam komuniti kecil kepada keraian yang lebih besar. Sebahagian syarikat kini menjadikan waktu berbuka puasa sebagai sebuah acara sosial dan perniagaan untuk pekerja, pembekal dan pelanggan bagi menjamu selera bersama-sama, tanpa mengira latar belakang agama, sama ada Muslim atau tidak.


Ia juga sering diadakan di hotel-hotel, menjadikan waktu berbuka puasa tempoh yang berharga bagi mencipta pengalaman merasai pelbagai juadah yang berbeza. Hotel Renaissance di Kuala Lumpur misalnya, menyajikan seekor kambing panggang berserta sajian unik yang lain, dengan penggantian menu untuk setiap tujuh hari bagi mengelakkan pelanggan berulang berasa muak dan bosan.1

Sementara itu, Jakarta Post melaporkan, The Café di Hotel Mulia Senayan in Jakarta, menyediakan juadah dari enam benua yang berbeza dengan membariskan pasta Itali, sushi Jepun, termasuklah menu Timur Tengah seperti shawarmas (daging panggang dan salad digulung di dalam kepingan roti).2 Pemanis mulut pula kebiasaannya bersifat kosmopolitan, dengan variasi mus (mousse), parfait (pemanis mulut yang didinginbeku daripada ais krim yang dilapisi buah-buahan dan sirap berperisa secara berselang-seli) dan fondue bersama-sama pencuci mulut tradisional Indonesia seperti kolak, atau buah-buahan yang diadun bersama gula Melaka dan santan.

Servis hotel juga melebihi daripada penawaran makanan. Memandangkan terdapat jurang masa yang singkat di antara waktu berbuka puasa dan tempoh menunaikan solat Maghrib, sebahagian hotel kini turut menyediakan surau untuk kemudahan pelanggan Muslim beribadat. Kemudahan tersebut menjadi sebahagian daripada pakej bufet untuk berbuka puasa.

Bagaimanapun, terdapat adat yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini: amalan mendahulukan kurma ketika berbuka, sunah Nabi Muhammad SAW yang masih menjadi ikutan umatnya.
 

Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules