Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Segelintir orang merayakan Krismas hanya sehari dalam setahun. Sebahagian yang lain pula mengikuti tradisi Dua Belas Hari Krismas. Malah, kebanyakan orang meraikannya sepanjang Disember, sekali gus memberi peluang kepada barisan hotel untuk menyatukan inovasi bersama tradisi.

“Deck the halls with boughs of holly”, demikian seni kata popular dalam lagu Krismas klasik, Deck the Halls. Biarpun Asia tidak meraikan Krismas semeriah penduduk di benua lain, tetapi keistimewaannya tetap terlihat menjelang perayaan tersebut.

Tradisi Krismas bermula di negara-negara Barat yang sebenarnya meraikan kelahiran Jesus. Bagaimanapun, ia telah berevolusi menjadi perayaan bersifat universal termasuklah di negara yang bukan bermajoriti Kristian. Menjelang bulan Disember, dekorasi perayaan mula menghiasi bandar-bandar utama di Asia. Parti, bertukar hadiah dan berkongsi juadah sesama keluarga dan rakan-rakan telah membentuk satu kebudayaan dalam masyarakat Asia apabila musim perayaan Krismas. Di Vietnam, penjajahan Perancis (Kristian) ke atas negara itu telah meninggalkan legasi yang dikekalkan sehingga ke hari ini. Kek berbentuk potongan kayu (log cake) dengan nama bûche de Noël masih popular di Vietnam setiap kali Krismas menjelang.

Pada zaman dahulu di Eropah, angsa akan menjadi hidangan utama di atas meja makan pada hari Krismas. Kini, ia telah digantikan dengan ayam belanda yang diperkenalkan oleh masyarakat Amerika Syarikat (AS). Di Asia pula, khususnya di Filipina, hidangan utama perayaan Krismas kebiasaannya terdiri daripada ayam, itik atau seekor khinzir suckling (khinzir yang menyusu dari ibunya dan berumur dua hingga enam minggu) panggang.

Filipina juga merupakan negara Asia yang paling meriah merayakan Krismas. Pesta muzik berlangsung seawal September dan pada hari Krismas, penduduknya menikmati hidangan seperti lechon (khinzir panggang), bibingka (kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan kelapa), puto bumbong (seperti putu bambu – kuih yang diperbuat daripada pulut dan keladi yang kemudiannya distim di dalam buluh) dan manisan lain.

Menggabungkan estetika tradisional dan nilai setempat adalah satu kebiasaan. Di Hong Kong, restoran Yamm di Mira Hotel misalnya, menyediakan stesen mengukir arca ayam belanda sebagai antara tarikan dalam promosi bufet Krismas mereka. Sementara itu, restoran The Bostonian di The Langham pula mengetengahkan tiram dan sashimi serta sajian tradisional sebagai menu istimewa musim perayaan Krismas. Paduan menu unik seperti angsa panggang bersama daging lembu Wagyu dan salmon Tasmania bersama jus buah markisah juga ditawarkan restoran Kitchen di W Hong Kong.



Singapura pula menyaksikan restoran Mezza9 di Grand Hyatt dengan hidangan ayam masak Thai bersama madu serta ayam belanda yang dipanggang perlahan dengan sos epal. Marriot pula mengolah pemanis mulut popular Krismas dengan mengikut selera tempatan menerusi menu Kaya Namachoco Yule Logcake. Pengaruh Perancis di Vietnam juga ketara pada hidangan ayam yang dipanggang dengan teknik rotisserie (ayam dicucuk pada sebatang besi yang berputar ketika dipanggang) dan keju Perancis yang boleh ditemui di Sofitel Sukhumvit. 

Semak hotel ini di Vietnam atau Thailand kerana Sofitel Sukhumvit berada di Bangkok Tetapi Sofitel (Saigon) berada di Vietnam.

Biarpun sajian yang dihidangkan berbeza, namun semangat perayaan tetap sama di semua tempat.

Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules