Bagi sajian utama, ia memerlukan imaginasi dan tangan yang mahir untuk menggabungkan pelbagai perisa agar menjadi sajian yang lazat. Pilihan gabungan inovatif seperti Mi Umur Panjang Inspirasi Thai, Ikan Siakap Stim Dengan Sos Lemon, Ayam Sumbat Panggang Dengan Kacang Berangan pastinya menjadi kegemaran ramai, memandangkan rupanya yang menyelerakan dan tidak terlalu jauh berbeza berbanding versi tradisional.