Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Kesihatan dan kesegaran sentiasa menjadi keutamaan kepada setiap individu, namun, kini mereka mahukan lebih dari itu. Mereka ingin tahu dari mana sesebuah makanan itu berasal dan kandungan di dalamnya, bagi mengecapi keselesaan gastronomi luar dan dalam.

Makanan bukan sekadar pembekal zat; ia juga sebuah pengalaman, kisah dan gaya hidup. Apabila duduk di meja makan, ramai yang mengharapkan keenakan yang memuaskan. Hotel antara yang memiliki kelayakan tinggi dalam menyediakan makanan yang organik, semula jadi dan kurang diproses serta makanan yang tahan lama, buatan tempatan dan mesra alam.

Nikmat makanan yang seimbang keenakan dan khasiat pertamanya, akan menyihatkan tubuh individu. Kedua, ia mampu merangsang emosi yang luar biasa apabila merasai makanan yang disajikan.

Dari sudut kesihatan, perusahaan penyelidikan pasaran Mintel melaporkan bahawa, orang ramai secara khususnya, mahukan makanan yang kurang kandungan garam dan gula dan bebas lemak trans atau bahan pengawet. Penyelidikan yang dijalankan oleh Nielsen juga mendapati, 43% individu memilih makanan tanpa kandungan yang melalui proses modifikasi genetik.

Sebaliknya, orang ramai lebih suka makanan yang mampu membuatkan mereka berasa sihat dari luar dan dalam. Malah, satu pertiga individu juga cenderung memilih makanan yang tinggi kandungan fiber dan protein atau kaya dengan mineral, vitamin dan kalsium.

Bagaimanapun, itu adalah berdasarkan sudut saintifik. Dari aspek yang lebih luas, erti sebuah kehidupan sebenarnya tidak hanya berkisar tentang vitamin dan fiber. Setiap sajian di atas setiap meja makan mengandungi kisah yang unik untuk diceritakan kepada orang ramai, sekali gus memberikan mereka jaminan bahawa di sebalik keenakan makanan tersebut, adanya keistimewaan yang menguntungkan mereka.

Misalnya, orang ramai lebih menggemari makanan yang dihasilkan secara lokal, yang tidak melalui proses pembuatan sehingga beribu batu jauhnya – dari sebuah ladang di luar negara sehinggalah dipersembahkan di atas pinggan. Secara amnya, ia bukan lagi permintaan yang diklasifikasikan sebagai istimewa, malah berubah menjadi satu kemestian.

Buktinya dapat dilihat berdasarkan data yang diraih Persatuan Restoran Kebangsaan Amerika Syarikat – lebih 80% chef mendapati daging dan makanan laut dari pembekal tempatan lebih meraih sambutan hangat. Bahan-bahan tempatan yang mahal tersebut boleh digantikan dengan produk-produk yang memudahkan proses masakan dan disertakan bersama tahap integriti dan keselamatan makanan yang tinggi.


Pihak hotel juga mula memainkan peranan. Marriott International dan Starwood Hotels antaranya, telah menyingkirkan penggunaan lemak trans. Manakala Royal Sonesta Hotel di Boston dan Mandarin Oriental, Las Vegas, pula masing-masing menawarkan sajian bebas gluten. Pendekatan tersebut dikuatkuasakan bukan semata-mata untuk memenuhi keinginan individu yang menolak gluten, bahkan diputuskan berdasarkan permintaan bersifat menyeluruh daripada majoriti pengguna yang mahukan produk bebas gluten dan tenusu kerana berpendapat ia lebih baik buat mereka.1

Gerakan ke arah pemakanan sihat ini lebih ketara dalam kalangan masyarakat di Asia Pasifik dan generasi muda. Ini bermakna, ia bukanlah trend yang bersifat sementara. Perubahan ini juga dapat dilihat terhadap peningkatan penawaran superfood (makanan kaya nutrien yang berfaedah untuk kesihatan dan kesejahteraan) yang mampu mencegah penyakit seperti sayur kale dan buah beri serta makanan yang lebih tahan lama. Malah, pelanggan yang lebih muda didapati akan memberikan sokongan yang lebih tinggi.

Makanan yang baik tidak terhad terhadap salad dan sayur kukus sahaja. Menyediakan sajian berpandukan resipi kegemaran dengan menggunakan bahan-bahan organik, kurang garam dan rendah lemak misalnya, membolehkan individu menikmati makanan pilihan mereka, tetapi dalam masa yang sama, memberi kesejahteraan daripada aspek keseimbangan pemakanan. Mereka masih mencari makanan yang menarik perhatian dan enak yang mempunyai variasi rasa. Bagaimanapun, jika mereka menemui versi yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan lebih berkhasiat, mereka akan memilih versi yang lebih baik tersebut.

Bagaimanapun, kecenderungan terhadap makanan lebih sihat bukanlah penghalang bagi orang ramai menikmati pemanis mulut kegemaran mereka. Biarpun jualan makanan sihat seperti shake (minuman) berasaskan tenusu dan sayur-sayuran meninggalkan jauh jualan pemanis mulut seperti coklat dan biskut, tetapi laporan Nielsen mendapati, jualan keseluruhan kedua-dua kelompok makanan menyaksikan peningkatan.

Orang ramai juga inginkan ketelusan agar mereka peka tentang apa yang mereka nikmati. Majalah Food Technology melaporkan, ramai golongan profesional di dapur tegas dalam menyediakan menu yang lebih sihat dengan melarang penggunaan bahan-bahan tiruan dan bahan tambahan.

Justeru, tidak mustahil apabila tinjauan yang dijalankan Nielsen mendapati 93% masyarakat di Asia Pasifik tidak keberatan untuk membayar lebih bagi menikmati makanan yang menawarkan khasiat yang lebih baik.

Maka apabila wujudnya mesej yang jelas daripada orang ramai, mudah bagi pihak hotel untuk menetapkan penceritaan sesebuah makanan, sekali gus menciptakan rasa bangga dalam diri mereka.

 

Kembali kepada Di Bawah Topi Chef

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules