Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Inovasi merupakan elemen utama di mana-mana dapur hotel. Sheraton Imperial Kuala Lumpur tidak terkecuali dari segi inovasi, terima kasih kepada Chef Eksekutif, Chef Mohd Kamaruddin Bin Haji Adnin. Menyandang jawatan tersebut pada tahun lepas, Chef Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Chef Bob, berkongsi fikiran tentang perjalanan kulinarinya dan kisah ringkas tentang dapur pada masa hadapan.

Dengan pengalaman yang mengagumkan selama 8 tahun di Sheraton, Chef Bob bermula sebagai Chef de Cuisine hinggalah kepada jawatan yang disandangnya sekarang, iaitu Chef Eksekutif. Chef Bob tidak menjangkakan kejayaan ini. Ketika zaman kanak-kanak, cita-citanya adalah untuk menjadi juruterbang. Beliau mula suka memasak ketika membantu ayahnya di dalam perniagaan katering keluarga.

Berbekalkan minat mendalam untuk terus melakukan inovasi secara berterusan di dapurnya, beliau menekankan peri pentingnya pada rasa dan variasi, bukan sahaja pada persembahan makanan. Dedikasinya pada makanan juga pernah membuatkan beliau belajar memasak nasi mandi asli daripada Chef Yaman dengan bantuan penterjemah. “Ada orang kata saya gila, tetapi saya bukan gila. Saya dalam proses belajar.”

Menekankan kepentingan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran kulinari masing-masing, Chef Bob membayangkan masa hadapan di mana perlahan-lahan mesin akan menggantikan tenaga kerja manusia. Dengan mengambil contoh daripada Jepun, beliau melihat bagaimana mesin layan diri yang hanya menawarkan minuman pada masa dahulu, kini telahpun boleh turut memasak sesuatu, seperti pizza. “Baru sahaja dua bulan lepas, saya diperkenalkan kepada teknologi pembekuan menggunakan udara kering. Makanan tersebut adalah makanan untuk ruang angkasa yang boleh bertahan sehingga 25 tahun di dalam paket! Daripada pisang, mempelam, serai, bawang merah hinggalah kepada bawang putih cincang, semuanya dikeringkan. Hanya campurkan air panas, dan ia berubah menjadi makanan segar yang dijual di pasaran.”

Biarpun terdapat pelbagai manfaat berganda, ianya menjadi batasan pada inovasi. Beliau sekali lagi menekankan peri pentingnya kepentingan untuk saling berhubung kait di dapur masa kini dengan sentiasa menambah ilmu dan juga sentiasa bersifat ingin tahu.




“Sebab itu saya sentiasa berpesan untuk sentiasa bertanya jika tidak tahu. Kepentingan utama anda adalah asas memasak. Jika anda tidak memiliki asas memasak, anda tidak boleh pergi ke mana-mana pun.”

Menyedari gaya pada teknologi inovatif, beliau turut maklum pada pertukaran pada selera. “Golongan muda lebih sukakan sajian yang terkini, sajian yang diperbuat daripada gabungan antara sajian. Jadi, saya akan cuba membuat pembaharuan pada setiap masa, bermula daripada kari kepala ikan salmon, rendang itik, paella dakwat sotong dan pelbagai lagi, untuk menghasilkan makanan yang jarang mereka temui.”

Musim Ramadhan adalah masa yang paling sibuk. Chef Bob berkongsi petua bagaimana untuk kekal menjadi pilihan pelanggan. Untuk memuaskan hati pelanggan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya, beliau sentiasa memulakan proses perancangan dengan memulakan sesi mencari idea bersama chef-chef lain. “Sebagai contoh, kita memilih makanan dari  tiga negeri, makanan Johor, Pahang dan Kelantan. Tetapi tidak ada tumpuan tentang makanan Sabah atau dari Malaysia Timur. Tetapi, kami juga tidak mempunyai chef yang berasal daripada kawasan tersebut jadi ia menjadi cabaran besar. Itulah proses keseluruhannya, agar sama-sama berfikir dan berkongsi idea.”

Chef Bob sangat-sangat percaya dengan konsep memasak daripada hati. Beliau melihat proses masakan sebagai satu kombinasi ideal kemahuan dan kemahiran. “Seperti yang saya katakan, saya percaya dengan rasa dan tentunya, makanan yang baik. Saya ada keluarga yang akan datang 3 kali seminggu semata-mata untuk makan sate. Bila anda memasak daripada hati, orang yang menikmati pastinya akan datang lagi untuk menikmatinya.”


Kembali kepada Di Bawah Topi Chef

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules