Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Penyakit alergik terhadap makanan dan ketidakbolehan toleransi pada tahun-tahun lalu telah mempengaruhi industri makanan dan minuman untuk mengambil langkah proaktif di dalam menyediakan makanan kepada tetamu dengan diet khas. Apakah diet-diet tersebut?

Vegetarian

Vegetarian

Jika perkataan “vegetarian” dikira agak umum, adalah biasa juga mengagak bahawa golongan vegetarian tidak memakan daging, ikan dan sumber tenusu. Terdapat juga golongan vegetarian yang sedikit berbeza seperti lakto-vegetarian dan lakto-ovo-tarian.

Bebas gluten

Bebas gluten

Salah satu daripada jenis ketidakbolehan toleransi makanan adalah alahan gluten. Gluten adalah sejenis protein yang terkandung di dalam gandum dan bijirin seperti durum, semolina, barli dan rai. Pelanggan yang mengikuti diet ini mungkin merasakan sukar untuk mencari pengganti lain memandangkan kebanyakan sumber makanan, daripada pasta hinggalah kepada roti mengandungi komponen ini.

Adakah anda tahu? Nasi dan ubi kentang secara semula jadi adalah bebas daripada gluten.

Bebas tenusu

Bebas tenusu

Samada ianya langkah aktif ke arah diet yang lebih sihat atau akibat daripada intolerans atau alergi, diet bebas susu memerlukan disiplin yang kuat daripada pihak pelanggan dan mata yang terperinci.

Rendah gula/Bebas gula

Rendah gula/Bebas gula

Diet ini sangat berguna kepada pesakit diabetis. Diet rendah gula atau bebas gula haruslah bebas daripada gula halus dan pemanis. Penggunaan gula dan karbohidrat tidak boleh dielakkan bagi kebanyakan dapur, jadi, latihlah kakitangan anda untuk mencadangkan sajian alternatif kepada pelanggan di dalam diet ini. Kebanyakan daging, makanan laut dan sayur-sayuran adalah bagus untuk pelanggan dengan diet ini, tetapi buah-buahan dihadkan kepada jenis yang mengandungi paras glisemik yang rendah.

Menu

Menu

Adalah penting untuk mendapatkan pemahaman lengkap tentang rangkaian halangan diet dan bagaimana untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan diet khas ini. Lihat menu anda untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang sajian yang boleh dipadankan dengan data pelanggan anda. Anda mungkin mendapati bahawa beberapa sajian anda telah pun memenuhi sebahagian diet. Serlahkan menu ini dengan ikon diet tertentu bagi memudahkan pelanggan mencarinya.

Terdapat juga pilihan untuk memperkenalkan kaedah bahan pengganti yang menggantikan bahan alergen dengan bahan bebas alergen. Sebagai contohnya, bagi pelanggan yang mempunyai intolerens tenusu, mungkin kita boleh mengelakkan keju, mana kala bagi pelanggan yang alergik terhadap makanan laut, anda mungkin boleh menggantikan udang dengan ayam.

Jangkitan silang

Jangkitan silang

Jangkitan silang merupakan satu lagi faktor penting yang harus anda perhatikan, terutamanya apabila anda memasak untuk pelbagai keperluan diet. Alergik makanan boleh terjadi dengan mudah jika sajian tersebut terdedah kepada kandungan alergen khas walaupun di dalam jumlah minimum. Sebagai contoh, penggunaan perkakasan dapur hendaklah digunakan secara berasingan di dalam ruang masakan yang khusus.

Kembali kepada Di Bawah Topi Chef

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules