Menu

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Memandangkan semakin ramai pengguna beralih kepada platform seperti FoodPanda, GrabFood, DeliverEat, dan BungkusIt, maka sebegitu juga halnya dengan pengendali makanan. Adakah anda sudah bersedia untuk menyertai dunia penghantaran makanan? Berikut adalah 5 tip keselamatan makanan yang anda perlu ketahui terlebih dahulu.

1. Pick partners with the right delivery processes

1. Pilih rakan penghantar makanan dengan proses penghantaran yang tepat

Cara syarikat penghantar makanan beroperasi seolah sama – pelanggan membuat pesanan, penghantar makanan mengambilnya dan menghantar pesanan. Namun sebenarnya ada pelbagai hal lain yang terlibat.

Ketahui bagaimana penghantar makanan menguruskan pesanan. Bagaimana makanan disimpan. Apakah waktu maksima penghantaran? Adakah syarikat mempunyai sistem pengesanan penghantaran yang cekap?

2. Ensure high food packaging integrity

2. Pastikan pembungkusan berintegriti tinggi

Menghantar makanan dalam cuaca panas dan lembap boleh menjadi satu cabaran dan memberi kesan kepada kualiti dan keselamatan makanan yang dihantar.

Gunakan bahan makanan yang tahan lama seperti Lady's Choice Mayonis Sebenar atau Empingan Kentang Knorr, yang praktikal, pembungkusan makanan berkualiti seperti material tebal yang boleh dinyah urai serta boleh menyimpan makanan lembap untuk masa yang lebih lama.

Yang paling penting sekali, pastikan syarikat penghantaran makanan anda menggunakan beg bertebat untuk memastikan makanan anda hangat dan segar sepanjang perjalanan penghantaran.

3. Use long-lasting ingredients to avoid spoilage

3. Gunakan bahan-bahan yang tahan lama untuk elak makanan rosak

Pertimbangkan beberapa hidangan yang memang direka khas untuk penghantaran. Atau anda boleh menggunakan bahan-bahan yang tahan lama seperti Pes Herba Itali Knorr dan sos seperti Knorr Campuran Sos Putih untuk menyediakan hidangan popular anda untuk penghantaran.

4. Run inspections for consistent, optimal food safety

4. Lakukan pemeriksaan konsisten untuk penghantaran makanan terbaik

Tiada pengendali makanan yang mahukan hidangannya rosak atau dicemari yang boleh membahayakan pelanggan dan memberi imej buruk kepada mereka.

Dapatkan pekerja yang berdedikasi untuk memeriksa kualiti atau latih pekerja sedia ada dengan kursus pengurusan makanan untuk memastikan keselamatan makanan adalah terjamin.

5. Make the use of sanitisers, gloves and hairnet compulsory

5. Wajibkan penggunaan cecair sanitasi, sarung tangan dan penutup rambut

Memastikan dapur bersih adalah langkah pertama ke arah pengekalan keselamatan makanan yang baik. Rutin kecil seperti sentiasa menggunakan cecair sanitasi tangan, sarung tangan dan penutup rambut boleh mengelakkan pelbagai hal keselamatan dan kesihatan makanan yang tidak diingini. Anda juga boleh meletakkan papan notis di bilik air untuk mengingatkan pekerja supaya membasuh tangan mereka dengan sabun setiap kali keluar daripada bilik air.

Ini adalah cara-cara yang mudah dan murah untuk melindungi makanan anda daripada tercemar sebelum penghantaran.

Penghantaran makanan yang hebat bermula dengan bahan-bahan yang baik

Pilih bahan berkualiti dan tahan lama semasa penyediaan makanan untuk penghantaran. Kenali produk Unilever Food Solutions untuk bermula!

UFS Webshop

 

Kembali kepada Penghantaran Makanan