Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

 

Menawarkan hidangan popular kegemaran pelanggan boleh membantu menarik perhatian pelanggan baharu dan memberi pendedahan yang lebih meluas kepada bisnes anda.  Dengan menggunakan data daripada Grabfood kami menemui 3 hidangan yang paling dikehendaki di platform tersebut termasuk maklumat dan tip bagaimana untuk memperhebatkan resipi anda dengan sentuhan istimewa.

Burger

Burger biasanya dipadankan dengan kentang goreng atau hidangan sampingan yang lain. Untuk mempertingkatkannya, cuba tawarkan sisi variasi unik dan imaginatif menggunakan bahan trend terkini untuk menarik perhatian bakal pelanggan.

Apa kata anda manfaatkan populariti terkini dan tawarkan kentang goreng anda dengan "sprinkle" Knorr Pasti Sedap?

Kegemaran Tempatan

Ada satu perkara yang lebih mengujakan selain membuka bungkusan makanan kegemaran : bila ia dihantar terus ke pintu rumah!

Hidangan seperti nasi lemak, nasi ayam dan mi goreng sangat sesuai untuk pembungkusan makanan kerana ia biasanya dibalut dengan daun pisang atau kertas bungkusan. Untuk memberi sentuhan baharu ke hidangan klasik apa kata anda tawarkan Pasta Tom Yam untuk mengagumkan pelanggan anda?

Ayam Goreng

Daripada madu berbijan sehingga ke gaya Korea, pelanggan sangat menyukai semua jenis ayam goreng. Apabila disediakan dengan baik dan berperisa cukup, ayam goreng yang enak adalah hidangan malar segar yang menjilat jari.

Kekalkan kesegaran pilihan ayam anda dengan menawarkan kepelbagaian yang menarik seperti Ayam Marmite dan Ayam Mustard Bermadu.

Kembali kepada Penghantaran Makanan
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart