Menu

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

 

Seiiring dengan kepopularan penghantaran makanan, UFS telah bekerjasama dengan Grabfood untuk menawarkan anda 5 tip berguna yang boleh dimanfaatkan dalam sektor perniagaan yang sedang berkembang pesat ini.

1. Pilih menu yang berprestasi tinggi

Tiada apa yang lebih mendukacitakan daripada menunggu lebih 30 minit untuk kobis layu, ayam goreng lembap dan nasi sejuk

Elakkan kekecewaan pelanggan dengan menawarkan hidangan yang tahan perjalanan seperti makanan yang mudah dibawa ini, Ayam Bersalut Emping Kentang Keemasan.

2. Gunakan gambar-gambar yang membuka selera

Tarik perhatian pelanggan dengan fotografi berpencahayaan baik menggunakan latar belakang ringkas yang menyerlahkan hidangan anda.

Sunting gambar secara profesional tetapi pastikan gambar-gambar itu sama dengan apa yang akan pelanggan terima.

3. Gunakan pembungkusan yang betul

Penampilan pertama memberi kesan yang mendalam, maka sangat penting untuk makanan anda dibungkus dalam pembungkusan berkualiti yang kalis bocor, mudah dibuka dan mengekalkan persembahan makanan yang baik semasa penghantaran.

Dan jangan lupa untuk menayangkan logo anda di pembungkusan atau sertakan tisu dengan cetakan logo untuk mempromosi jenama anda!

4. Tawarkan promosi dengan rakan niaga penghantaran anda

Rakyat Malaysia sangat tertarik dengan tawaran hebat dan diskaun! Tawarkan promosi dan tayangkannya di platform rakan niaga penghantaran anda untuk menerima pendedahan yang meluas.

Sebagai contoh, anda boleh menawarkan minuman dalam talian yang eksklusif, Passion Rainbow Tea dengan setiap belian seperti juga dengan penghantaran percuma dan diskaun melalui GrabFood. Promosi sebegini pernah meningkatkan prestasi bisnes hingga 9 kali ganda untuk beberapa pengendali makanan!

5. Hantar dengan segera dan tepat pada masa

Pelanggan anda sendiri akan memberikan maklum balas yang baik untuk anda jika mereka berpuas hati dengan perkhidmatan makanan dan penghantaran anda.  Melalui pengurusan dapur yang baik anda akan mampu menghantar hidangan paling segar kepada penghantar makanan tepat pada masa supaya pelanggan akan mahu membeli daripada anda lagi.

Minimakan masa penyediaan dan maksimakan rasa makanan dengan produk UFS seperti Knorr Pasti Sedap.

 

 

Kembali kepada Penghantaran Makanan