Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda


Oleh kerana perkhidmatan penghantaran makanan semakin mendapat sambutan di Asia Tenggara, pengendali makanan berebut untuk meraih keuntungan dari pasaran yang sedang berkembang ini. Jika anda merancang untuk menambah penghantaran makanan sebagai sebahagian daripada tawaran perkhidmatan anda, berikut adalah beberapa mitos lazim yang harus diketahui.

Mitos

Penghantaran makanan memberi lebih banyak pulangan jualan dan keuntungan untuk operasi anda.

Fakta

Walaupun jumlah jualan mungkin meningkat, rakan niaga penghantaran akan mengambil komisen untuk mengendalikan logistik, penghantaran, dan perkhidmatan pelanggan, yang akan mengurangkan margin keuntungan anda.

Tip: Perhati, sesuaikan dan berunding. Perhatikan margin keuntungan hidangan penghantaran, dan sesuaikan dengan sewajarnya. Anda juga boleh cuba untuk berunding tentang pakej komisen dan perniagaan yang lebih baik dengan rakan niaga penghantaran anda.

 

Mitos

Anda perlukan kemahiran teknologi untuk mengendalikan saluran penghantaran makanan dalam talian.

Fakta

Kebanyakan saluran penghantaran menggunakan sistem atau antara muka yang mudah. Namun yang lebih penting ialah memiliki ahli pasukan yang mahir dalam operasi mengendalikan kepelbagaian jenis dan bilangan pesanan.

Tip: Pastikan pasukan anda telah membiasakan diri sepenuhnya dengan sistem penghantaran dan bagaimana ia berfungsi. Mereka juga harus dapat mengimbangi pesanan makan di kedai dengan pesanan penghantaran makanan.

 

Mitos

Mengendalikan permintaan penghantaran makanan adalah mudah. Ia sama sahaja seperti memenuhi pesanan tambahan.

Fakta

Permintaan penghantaran makanan boleh berubah dengan drastik. Ini menjadikannya sukar untuk dipersiapkan dan dikekalkan.

Tip: Utamakan bahan berkualiti yang akan mengurangkan masa penyediaan, kerana ia boleh  membebaskan anda untuk tugas yang lebih penting. Contohnya, daripada membuat kentang lenyek sedari awal, cuba gunakan Empingan Kentang Knorr-ia hanya memerlukan 5 minit untuk disediakan dengan menggorengnya di kuali!

 

Mitos

Makanan mudah rosak yang menyebabkan pilihan menu menjadi terhad untuk penghantaran.

Fakta

Terdapat tip dan petua, serta bahan-bahan berbeza yang lebih tahan untuk penghantaran berbanding bahan lain.

Tip: Gunakan bahan yang boleh mempertingkatkan ketahanan makanan. Sebagai contoh, daripada menggunakan limau nipis, gunakan Serbuk Limau Nipis Knorr untuk kesan rasa yang sama tanpa perlu bersusah payah.

 

Kembali kepada Penghantaran Makanan
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart