Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Pembungkusan makanan mungkin bukan keperluan utama bagi pengusaha sesetengah makanan, tetapi, adalah logik bagi memastikan pembungkusan agar efisien untuk disesuaikan dengan pelbagai acara. Bukan sahaja ianya bakal memberi manfaat kepada perniagaan anda dan mesra pelanggan, tetapi juga meningkatkan peluang langganan jika keseluruhan pengalaman pelanggan adalah positif.

Pengusaha makanan sering sahaja mempunyai kelebihan untuk memanjangkan masa perniagaan biasa mereka dan menaikkan dinding ketika terdapat acara khas, seperti ketika sukan atau konsert. Beringatlah bahawa ketika acara ini, pelanggan sentiasa mahukan kemudahan dan kesenangan untuk makan dan ini menjadi elemen utama yang menjadi pertimbangan ketika membeli. Anda bukan saja perlu mempertimbangkan faktor masa di dalam acara ini, bahkan kemudahan untuk membuang sampah turut perlu diambil kira.


Oleh itu, cubalah untuk meminimumkan pembungkusan anda atau mengurangkannya terus – snek ringan seperti sandwic dan roti sosej boleh dibungkus dengan tisu ringkas atau kertas jadi ianya akan mengurangkan sampah. Selain daripada itu, makanan pejal seperti mihun goreng dan nasi goreng seharusnya dipek di dalam bekas yang boleh diketatkan. Ini memberikan kemudahan pada pelanggan untuk menyimpan makanan bagi dinikmati pada bila-bila masa.


Bagi pasar malam pula, ramai pelanggan yang suka untuk membeli makanan yang dibungkus. Kerana itu, pastikan makanan anda dipersembahkan di dalam bentuk pembungkusan yang kemas dan tidak tumpah. Makanan berasaskan sup hendaklah diletak didalam plastik dan minuman pula diletakkan di dalam cawan plastik berpelekat. Bagaimanapun, snek seperti kentang goreng, ayam popcorn dan kentang keju adalah terkecuali kerana ramai pelanggan yang suka berjalan sambil mengunyahnya. Pembungkusan bagi makanan ini seharusnya mudah dicapai, tanpa keperluan untuk membuka dan menutup makanan. Pertimbangkan untuk bertukar kepada pembungkusan kertas jika anda masih belum menggunakannya – ia bukan sahaja menjadi gaya terkini untuk makanan jalanan, tetapi juga merupakan pilihan mesra alam yang sangat baik.

 


Kembali kepada Perniagaan Makanan 101

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules