Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Membesarkan perniagaan Makanan & Minuman mungkin melambangkan banyak perkara – menubuhkan cawangan, mempelbagaikannya kepada trak makanan bergerak, dan tentunya, menceburi  perniagaan katering. Ini merupakan peluang perniagaan yang hebat untuk pengusaha makanan. Jadi, pastikan anda melengkapkan diri dengan pengetahuan yang betul dan pelajari ilmu yang berkaitan di dalam industri ini.
 

Katering 101


Adalah menjadi kesalahan untuk mengagak bahawa perkhidmatan makanan dan kerja katering adalah sama – terlalu banyak faktor yang membezakan katering dengan restoran. Secara kasarnya, katering boleh didefinisikan sebagai  perkhidmatan penyediaan makanan di lokasi yang berasingan. Jenis katering yang paling lazim adalah ‘serahan makanan’, di mana pihak katering akan menyediakan makanan di suatu tempat untuk di hantar ke lokasi pelanggan atau pelanggan sendiri akan datang mengambil makanan. Perkhidmatan ini boleh diluaskan kepada skala besar termasuklah menyediakan peralatan dan tenaga manusia untuk menghidang dan membersihkan lokasi sajian.


Adakah Katering Sesuai Untuk Perniagaan Anda?


Sebelum anda mula menceburkan diri ke dalam perniagaan ini, soalan-soalan ini akan membantu anda melihat kesesuaian katering di dalam perniagaan anda. Yang paling utama adalah menilai saiz dapur anda – adakah dapur anda mampu menyediakan sajian bagi pesanan yang banyak dan dalam masa yang sama menguruskan perniagaan seperti biasa? Ramai juga yang terlepas pandang aspek ruang simpanan, terutamanya untuk bahan makanan yang perlu disejukbekukan sepanjang masa.

Kira sumber anda dengan tepat dan pastikan masa dan wang yang dibelanjakan untuk tujuan katering adalah pelaburan yang menguntungkan. Walaupun ianya merupakan pilihan yang hebat untuk diceburi ketika zaman ekonomi yang tenat, ini seharusnya menjadi sumber tambahan kepada bidang perniagaan. Pelanggan masa kini lebih suka menempah sajian di satu tempat untuk keperluan mereka. Jadi, jika anda ingin menceburi bidang katering, pastikan anda meninjau segala aspek katering yang boleh anda tawarkan, bermula daripada perancanga majlis hinggalah kepada segala keperluan lain.  Selain daripada itu, anda juga mungkin mahu mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan pembekal luar jika anda kekurangan sumber bagi perkhidmatan tambahan.


Bagaimanakah Anda Menyerlahkan  Perniagaan Anda Berbanding Pesaing Lain?


Setelah anda mempertimbangkan semua faktor dan membuat keputusan untuk meneruskan pengembaraan ini, bagaimanakah anda menjadikan jenama anda diingati di tengah-tengah pasaran yang penuh dengan pesaing. Tentukan kekuatan anda (sama ada anda menawarkan sajian Melayu asli atau sajian BBQ) dan mulakan dari sini. Mungkin anda mahu mempertimbangkan untuk menggunakan tema khusus bagi persembahan sajian, bermula daripada penggunaan perkakasan perak hinggalah kepada napkin bercetak.
 


Selain itu, anda mungkin juga mahu mengadakan lebih banyak paparan interaktif untuk pelanggan. Contohnya jika jenama perniagaan anda mengkhusus kepada perniagaan burger, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk menubuhkan stesen perencah khas dengan pelayan yang bersedia untuk melayan pelanggan memilih perencah kesukaan mereka – sos, sayuran dan pelbagai tambahan lain.


Kembali kepada Perniagaan Makanan 101

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules