Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Majukan perniagaan anda di dalam talian selari dengan era digital masa kini. Ini adalah penting untuk menjana populariti dan mengubahnya menjadi peluang perniagaan yang hebat.

Mari kita lihat platform dalam talian yang ada:

Media sosial

Media sosial

Ini merupakan keperluan wajib yang anda perlu ada untuk perniagaan makanan & minuman moden masa kini. Jangan memandang remeh pada kuasa media sosial. Bagi yang baharu bermula, mengadakan laman Facebook bukanlah pilihan alternatif untuk mencipta laman web perniagaan sepenuhnya. Bukan sahaja ia mempunyai ciri asas yang sama, tetapi Facebook juga membolehkan anda berkongsi perkara terkini mengikut masa sebenar dengan bakal pelanggan anda. Sebaik sahaja anda telah mahir menguruskan laman anda sendiri, membuat iklan di dalam iklan Facebook merupakan pilihan terbaik untuk memaksimumkan capaian pada pelanggan sasaran.

Instagram merupakan satu lagi aplikasi yang tinggi kuasanya – gunakan ia untuk berinteraksi dengan audien sasaran dengan memaparkan gambar menarik dan gambar yang bernilai untuk disiarkan di Instagram. Fikirkannya sebagai satu peralatan untuk berkongsi menu anda di dalam talian – lebih menarik rupanya, lebih tinggi potensi mereka untuk menjadi pelanggan anda. Pengusaha makanan juga boleh mempertimbangkan untuk memuat naik foto pelanggan. Ini memberi tanggapan bahawa perniagaan anda adalah perniagaan mesra pelanggan yang berinteraksi dengan para pelanggan mereka. Jangan takut untuk menggunakan hashtag dan tajuk sohor kini bagi memaksimumkan capaian pada pelanggan.

Burger Kat Mane

Burger Kat Mane

Jika anda merupakan pemilik gerai burger, ini adalah khas untuk anda.

Burger Kat Mane menyenangkan para pelanggan untuk mencari burger yang sedap sekeliling mereka! Ia menawarkan pengalaman interaktif bagi pemilik perniagaan dan juga pelanggan. Peniaga gerai burger boleh mendaftar perniagaan mereka dan kemudiannya kedainya akan disiarkan di peta untuk dilihat oleh orang ramai. Dengan mengumpulkan semua peniaga burger tempatan di dalam satu aplikasi yang mudah untuk orang ramai, peniaga burger juga boleh menawarkan diskaun menarik dan menambah pelanggan pada hari di mana jualannya agak perlahan supaya mereka dilihat oleh bakal pelanggan di kawasan yang sama.

Sukakan tawaran ini? Sila ke laman web Burger Kat Mane untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan penghantaran

Perkhidmatan penghantaran

Sedang memikirkan untuk meluaskan perniagaan anda dengan menawarkan khidmat penghantaran?

Jika terdapat peningkatan permintaan terhadap penghantaran makanan, pertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran bagi meluaskan lagi perkhidmatan anda. Bukan sahaja anda memasarkan barangan pada laman web yang maju dengan pengunjung yang aktif, ini juga turut membuka peluang bagi membentuk tanggapan positif kepada pelanggan yang baharu pertama kali datang ke restoran. Ianya mudah dan bebas masalah. Sedikit potongan dari segi keuntungan menjadikan ia harga mampu milik, dan pengorbanan ini adalah berbaloi di dalam mensasarkan perniagaan anda kepada pelanggan yang tepat.

Laman Ulasan

Laman Ulasan

Anda boleh mengagihkan sedikit bahagian wang dan melaburkannya untuk perniagaan anda di dalam jangka masa panjang. Tetapi cuba fikirkan secara jujur – bila ianya tentang menyebarkan kebaikan, tiada yang lebih baik daripada berita dari mulut ke mulut untuk menaikkannya. Ulasan perniagaan di beberapa laman web seperti Tripadvisor dan Zomato membantu meningkatkan perniagaan anda jika terdapat ulasan positif.

Ini merupakan platform yang sangat berguna bagi pelanggan baharu. Terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa pengguna bijak internet akan mencari maklum balas yang dipercayai dengan melihat ulasan daripada pelanggan yang sedia ada. The Annual BrightLocal Local Consumer Review Survey 2016 menunjukkan statistik yang menarik – sejumlah 86% pengguna percaya pada ulasan pengguna dalam talian sebagai cadangan peribadi. Sebagai pemilik perniagaan, anda bukan sahaja anda akan mendapat komen konstruktif daripada pelanggan, bahkan juga anda berpeluang untuk membalasnya satu persatu – mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana berkongsi pengalaman positif mereka dan pada masa yang sama cuba mengenal pasti dan menyelesaikan masalah jika terdapat komen negatif daripada pelanggan.

Kembali kepada PERNIAGAAN MAKANAN 101

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules