Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Memulakan perniagaan anda sendiri mungkin agak menggentarkan, tetapi jangan bimbang, panduan ini dibuat untuk memudahkan urusan usahawan baharu dan di masa yang sama menyediakan sedikit pandangan pada perancangan anda. 

1. Bermotivasi tinggi

1. Bermotivasi tinggi

Tiada tindakan tanpa motivasi. Pastikan anda tahu tujuan anda memulakan perniagaan anda, dan bina visi serta misi untuk mencapainya.

2. Minat

2. Minat

Bila anda memulakan perniagaan, minat anda membantu di dalam memupuk idea permulaan. Petuanya ialah untuk mengimbangi antara minat dan kesukaan orang ramai bagi memastikan yang produk boleh jual sentiasa mendapat permintaan ramai.

3. Sokongan & Bantuan Keluarga

3. Sokongan & Bantuan Keluarga

Walaupun anda mungkin tidak terfikir tentang faktor ini, sokongan keluarga adalah sangat penting di peringkat perancangan. Bukan sahaja ia menjadi tunggak emosi dan minda, bahkan keluarga biasanya menjadi pilihan pertama yang meminjamkan dana bagi memulakan perniagaan. Komunikasi jujur dan telus adalah penting bagi memastikan hubungan kekeluargaan di dalam keadaan yang baik.

4. Kesihatan Fizikal Yang Baik

4. Kesihatan Fizikal Yang Baik

Bermula daripada merancang, akaun hinggalah ke pemasaran – mengendalikan perniagaan tak semudah yang disangka. Anda perlu sihat dari segi fizikal dan minda bagi melalui jadual padat selaku seorang usahawan; apatah lagi jika anda melakukannya sendiri atau dengan rakan niaga.

5. Semangat Keusahawanan

5. Semangat Keusahawanan

Seorang usahawan seharusnya sentiasa memberikan daya usaha dan dedikasi berterusan untuk melalui apa sahaja halangan, jadi dia boleh melalui fasa awal permulaan perniagaan. Di samping itu, dia juga perlu sentiasa melakukan penyelidikan untuk mendapatkan pengetahuan kukuh tentang aliran dan corak terkini di lapangan khusus yang  boleh diaplikasi. Berbekalkan maklumat lengkap ini, dia boleh membuat keputusan untuk melaburkan beberapa jumlah wang ke dalam perniagaan, dan memulakan perniagaan dari sini. Adalah memadai untuk bermula secara kecil-kecilan, yang penting anda mempunyai dana yang mencukupi untuk meneruskan perniagaan, sekurang-kurangnya pada tahun pertama perniagaan.

* Panduan diperolehi daripada SME Corp, Agensi Koordinasi Berpusat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang membuat polisi dan strategi keseluruhan bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS).


Kembali kepada Perniagaan Makanan 101