Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Pengendali makanan sering sahaja fokus pada jualan dan mengabaikan lain-lain faktor yang sering menyumbang kepada aliran pendapatan secara keseluruhan. Di sini terdapat lima kesalahan biasa di dalam mengendalikan kewangan yang boleh merugikan perniagaan anda.

1. Gagal untuk merancang menu sepenuhnya

1. Gagal untuk merancang menu sepenuhnya

Kepelbagaian merupakan faktor penting untuk menarik pelanggan, tetapi anda hendaklah bijak dengan menu anda. Ia seharusnya cukup padu di dalam menyediakan beberapa sajian. Selain daripada itu, senarai bajet untuk pembelian barangan runcit boleh mengelakkan anda daripada berbelanja mengikut gerak hati pada barangan yang tidak perlu yang mungkin tidak digunakan ketika penyediaan makanan.

2. Gagal untuk mengenal pasti jangka hayat bahan masakan

2. Gagal untuk mengenal pasti jangka hayat bahan masakan

Ketika merancang menu, adalah bagus untuk mengenal pasti bahan yang mempunyai jangka hayat pendek dan jangka hayat panjang. Simpan ianya mengikut tarikh pembelian, tarikh luput dan kuantiti yang ada bagi memudahkan rujukan. Pemeriksaan stok hendaklah dilakukan setiap dua minggu dan boleh ditingkatkan jika perniagaan anda menggunakan banyak bahan masakan dalam jangka masa pendek. Pastikan anda mengamalkan kaedah ‘barang lama dahulu, barang baharu kemudian’ bagi mengurangkan pembaziran makanan seminimum mungkin.

3. Gagal mengawasi barang yang berharga turun naik

3. Gagal mengawasi barang yang berharga turun naik

Turun naik harga barang tak dapat dielakkan, terutamanya bila musim menuainya berakhir. Bila meletakkan harga pada menu, anda hendaklah mengambil kira kekerapan dan kesan naik turun harga barangan ini bagi membolehkan anda menikmati keuntungan yang konsisten. Jadi, anda tidak perlu sentiasa mengubah harga sajian tersebut, kerana ini akan memberikan kesan negatif pada perniagaan anda.

4. Gagal menganggar bilangan pelanggan

4. Gagal menganggar bilangan pelanggan

Kunci utama menjadi perniagaan yang dipercayai ramai adalah kebolehan menentukan bilangan pelanggan harian. Sebagai contoh, anda boleh  mempertimbangkan untuk mengurangkan kuantiti makanan ketika pertengahan bulan berdasarkan kiraan yang orang ramai kurang berbelanja kerana bajet kurang. Anda boleh menyediakan lebih banyak kuantiti makanan pada minggu orang menerima gaji, yang biasanya jatuh pada akhir bulan. 

5. Gagal untuk membezakan perbelanjaan tunai dan akruan

5. Gagal untuk membezakan perbelanjaan tunai dan akruan

Terdapat dua kaedah utama di dalam merekodkan aliran tunai perniagaan anda – asas tunai dan asas akruan. Ramai pemilik perniagaan kecil memilih untuk asas tunai kerana ia merekodkan butiran masuk dan keluar; transaksi yang dibayar dan diterima. Dari segi lain, akruan asas mencatatkan masa yang tepat bila perkhidmatan/barangan dihantar atau diterima, tanpa mengambil kira pertukaran tunai. Ini memerlukan kunci kira-kira yang lebih terperinci tetapi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kewangan anda untuk membuat keputusan di masa hadapan.


Kembali kepada Perniagaan Makanan 101

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules