Bahan-bahan
Sirap Serai
-
Serai (batang), dibelah dua 4.0 pc
-
Gula 4.0 cawan
-
Air 2.0 cawan
Cara Menghidang
-
Sir Thomas Lipton Uncang Teh Sampul Jasmin Hijau 2g 1.0 pc
-
Sir Thomas Lipton Uncang Teh Sampul Pepermin 1.5g 1.0 pc
-
Air 150.0 ml
-
Bunga Telang 4.0 sudu kecil
-
Air Panas 50.0 ml
-
Sirap Serai 50.0 ml
Penyediaan
-
Sirap Serai
15 minit- Masukkan 1 cawan air, 2 cawan gula dan serai ke dalam periuk. Dengan api yang kecil, kacau sehingga hampir kesemua gula larut.
- Masukkan semua baki gula dan kacau hingga larut sepenuhnya.
- Ketepikan dan biarkan hingga sejuk.
-
Cara Menghidang
- Campurkan 50 ml air panas dan bunga telang dan seduh selama 15 minit untuk mendapatkan warna biru, keluarkan bunga dan ketepikan hingga sejuk.
- Didihkan 150 ml air dan seduhkan uncang teh Sir Thomas Lipton Teh Hijau dan Sir Thomas Lipton Uncang Teh Pepermin selama 4 minit. Keluarkan uncang teh dan sejukkan di dalam peti sejuk.
- Sebelum dihidang, campurkan air teh dan air bunga telang.
- Hidangkan di dalam gelas Martini dengan sirap serai di tepi.
- Warna akan berubah bila sirap ditambahkan.